Oleh Profesor Dr. Sidek Baba
SEJARAH pembentukan
Namun, pendekatan ke arah orientasi yang lebih telus dan adil perlu wujud kerana masyarakat majmuk di
Kepemimpinan teras umat Melayu harus terpancar dengan wibawa Islam yang tinggi pada peribadi dan amali supaya pengurusan negara di pandu oleh pedoman adil, ihsan, daya telus yang tinggi serta membimbing warga
Sistem pendidikan negara dilatari kualiti ilmu gabungan dan nilai murni yang sifatnya merentasi. Sistem ekonomi seharusnya memperkasa ekonomi mapan atau seimbang yang meraikan kelompok lemah supaya penyertaan dalam perniagaan dan keusahawanan tidak mencerminkan monopoli sesuatu kaum.
Sistem sosial yang berkembang harus dapat meraikan perbezaan dan menyuburkan persamaan sehingga wujudnya rasa kesalingan tinggi dan hormat-menghormati yang telus. Pemupukan sistem budaya sewajarnya menampilkan nilai berguna bukannya kekaguman luar biasa terhadap budaya popular Barat yang banyak memberi kesan negatif terhadap generasi muda semua kaum.
Nilai ketamadunan Islam yang sewajarnya menjadi dukungan umat Melayu mampu menjadi teras kepada kestabilan dan keharmonian jika diuruskan secara dinamik, kreatif dan amanah. Pancaran nilai ketamadunan Islam tidak saja dalam bentuk retorik atau slogan tetapi hadir dalam amalan dan perbuatan.
Keindahan Islam sering dilihat setakat mana amanah pengurusan berlangsung, pekerti yang mendukung ihsan wujud dan timbang rasa tinggi terhadap kelompok yang tidak berada supaya nikmat kemajuan serta pembangunan dapat dirasa sama.
Sebarang rombakan terhadap faktor teras akibat daripada kealpaan umat Melayu mengurus kepemimpinan dan pembangunan boleh menyebabkan kepincangan. Warga
Kekuatan nilai rohaniah penting tetapi ia menjadi lebih penting jika rohaniah memberi jalan kepada terbangunnya sistem. Umat Melayu harus dibekalkan dengan keupayaan mengurus yang tinggi supaya kesannya boleh menjadi contoh ikutan dan membabitkan penyertaan semua kaum.
Keupayaan membangunkan institusi bank dan kewangan berasaskan syariah adalah contoh yang baik bagaimana penyertaan semua kaum berlaku. Apabila faktor syariah diambil kira serta diurus dengan baik dan menguntungkan, kebaikan faktor syariah dirasakan dan sistem kewangan berlandaskan syariah akan menjadi berkembang dan stabil.
Hal yang sama boleh berlaku terhadap sistem pendidikan berasaskan nilai murni, tidak saja asas akademik menjadi fokus tetapi mengutamakan nilai murni melatari kurikulum dan pengajaran boleh menghasilkan anak didik mempunyai kualiti moral atau akhlak yang baik.
Oleh itu, penting nilai murni yang sari patinya daripada keunggulan tamadun diambil dan dikembangkan dalam sistem pendidikan serta pengurusan supaya nilai Islam yang membawa kesejahteraan dapat diadun seiring nilai fitrah dalam tamadun lain, yang memberi keharmonian kepada semua.
Asas murni itu menuntut tekad politik dan kepemimpinan yang tinggi supaya tidak wujud jurang menggambarkan satu pihak dikuasai oleh yang lain, penguasaan ekonomi memperlihatkan dominasi satu kaum, membiarkan budaya popular Barat berkembang tanpa kawalan, lantaran kesan negatifnya akan menjangkiti semua.
Harus wujud azam kental di kalangan ilmuwan dan tenaga profesional supaya proses membangun
Rasa perkauman yang sempit harus dihindarkan. Daripadanya rasa persefahaman lahir kerana amanah dan keadilan sentiasa menjadi pedoman. Umat Melayu harus mampu menjadi contoh terbaik supaya elemen teras dalam kepemimpinan sentiasa terserlah, etika untuk mempelajari dan menghargai sentiasa subur.
Jika faktor ini dijadikan pedoman, ia bakal menjadi faktor yang menyatukan kerana tanpanya umat Melayu boleh mengalami kegoncangan daya kepemimpinan, kepercayaan dan jika faktor teras tidak diperlukan lagi, akibat jangka panjang boleh membawa kepada ketidakstabilan negara serta menjejaskan hubungan antara kaum.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan