10 April 2008

Pengguguran Janin: Kerana Nafsu Manusia Hilang Pertimbangan

Hari ini saya menerima satu email yang menerangkan bagaimana pengguguran janin dilakukan dan kesan ke atas janin akibat tindakan yang tidak bermoral dan terkutuk ini. Sebagai seorang Islam yang mempunyai tanggungjawab sosial, ingin saya menyampaikan dan berpesan kepada mereka cuba membuat dosa besar ini atau yang telah hilang pertimbangan kerana nafsu serakah agar membaca dan melihat dengan penuh kesedaran dan keinsafan.

Berikut ini adalah gambaran mengenai apa yang terjadi di dalam suatu proses pengguguran janin :

Kehamilan muda (dibawah 1 bulan). Pada kehamilan muda, di mana usia janin masih sangat kecil, pengguguran janin dilakukan dengan cara menggunakan alat penghisap (suction). Janin yang masih sangat lembut langsung terhisap dan hancur berantakan. Saat dikeluarkan, dapat dilihat cairan merah berupa gumpalan-gumpalan darah dari janin yang baru dibunuh tersebut.

Kehamilan lebih lanjut (1-3 bulan). Pada tahap ini, di mana janin baru berusia sekitar beberapa minggu, bahagian-bahagian tubuhnya mulai terbentuk. Pengguguran janin dilakukan dengan cara menusuk anak tersebut kemudian bahagian-bahagian tubuhnya dipotong-potong dengan menggunakan peralatan khas untuk menggugurkan janin (cunam abortus). Anak dalam kandungan itu diambil dengan menggunakan peralatan tersebut, dengan cara menusuk bahagian yang boleh tercapai seperti pinggang, bahu atau leher. Kemudian ditusuk, dihancurkan bahagian-bahagian tubuhnya. Tulang-tulangnya diremukkan dan seluruh bahagian tubuhnya disiat-siat menjadi bahagian kecil agar mudah dikeluarkan dari kandungan. Ada potongan tangan, potongan kaki, potongan kepala dan bahagian-bahagian tubuh lain yang mungil. Anak tak berdosa yang masih sedemikian kecil telah dibunuh dengan cara yang paling mengerikan.

Kehamilan lanjutan (3 sampai 6 bulan). Pada tahap ini, bayi sudah semakin besar dan bahagian-bahagian tubuhnya sudah terlihat jelas. Jantungnya sudah berdetak, tangannya sudah boleh menggenggam. Tubuhnya sudah boleh merasakan sakit, kerana jaringan sarafnya sudah terbentuk dengan baik. Pengguguran dilakukan dengan terlebih dahulu membunuh bayi ini sebelum dikeluarkan. Pertama, diberikan suntikan maut (saline) yang langsung dimasukkan ke dalam ketuban bayi. Cairan ini akan membakar kulit bayi tersebut secara perlahan-lahan, menyesakkan pernafasannya dan akhirnya setelah menderita selama berjam-jam sampai ke satu hari bayi itu akhirnya meninggal. Selama proses ini dilakukan, bayi akan memberontak, cuba berteriak dan jantungnya berdetak keras. Pengguguran bukan saja merupakan pembunuhan, tetapi pembunuhan secara amat keji. Setiap wanita harus sedar mengenai hal ini.

Pengguguran janin pada kehamilan besar (6 sampai 9 bulan). Pada tahap ini, bayi sudah sangat jelas terbentuk. Wajahnya sudah kelihatan, termasuk mata, hidung, bibir dan telinganya yang mungil. Jari-jarinya juga sudah menjadi lebih jelas dan otaknya sudah berfungsi baik. Proses pengguguran dilakukan dengan cara mengeluarkan bayi tersebut hidup-hidup, kemudian dibunuh. Cara membunuhnya mudah saja, biasanya langsung dilemparkan ke tempat sampah, ditenggelamkan ke dalam air atau dipukul kepalanya hingga pecah. Sehingga tangisannya berhenti dan kerja pengguguran itu selesai.

Semua proses ini seringkali tidak disedari oleh para wanita calon ibu yang melakukan pengguguran. Mereka merasa bahawa pengguguran itu cepat dan tidak sakit, mereka tidak sedar kerana di bawah pengaruh ubat bius. Mereka boleh segera pulang setelah pengguguran dilakukan. Benar, bagi wanita, proses pengguguran cepat dan tidak sakit. Tapi bagi bayi, itu adalah proses yang sangat mengerikan, menyakitkan, dan benar-benar tidak berperikemanusiaan. Kematian bayi yang tidak berdosa itu tidak disaksikan oleh ibu. Seorang wanita yang kelak menjadi ibu yang seharusnya memeluk dan menggendong bayinya, telah menjadi algojo bagi anaknya sendiri.

Tiada ulasan: